Alangkah pilunya sekali hasil nukilan pertama blog ini merupakan suatu kisah mengenai ketidakadilan terhadap kaum Hawa.
Dunia sudah berubah, para wanita sepatutnya mendapat hak asasi yang lebih berbanding dengan zaman dahulukala. Anak perempuan seharusnya mendapat peluang untuk bersekolah seperti pria/anak lelaki tetapi dunia ini tidak sempurna lagi. Terdapat banyak lagi anak-anak perempuan yang tidak menerima pendidikan yang sepatutnya diberikan dan ketidakseimbangan ini merupakan bukti dunia ini susah untuk berubah sekiranya manusia masih lagi percaya kepada pegangan hidup yang karut dan ketinggalan zaman,.hello, ini sudah abad ke berapa? Tahun ni sudah 2016. Kita bukannya hidup di zaman 1916 yang mana para wanita masih tidak mempunyai hak asasi untuk mengundi dan bersuara.
Di dunia korporat misalannya, rata-rata kaum wanita dan lelaki masih merasakan yang wanita adalah lebih lemah dan beremosi, lebih lembut dan bukan ketua yang cekap. Sekiranya tanggapan itu tidak disangkal, para wanita akan menyekat perkembangan kaum Hawa sendiri, dan lelaki yang memang tidak bertanggapan baik tentang kecekapan wanita akan terus berfikiran yang wanita tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebaik lelaki.
Apabila seseorang wanita bersuara untuk menegakkan kebenaran, selalunya beliau disangkal dan tidak dipercayai berbanding dengan situasi yang serupa apabila seorang lelaki bersuara untuk menegakkan kebenaran yang sama.
Dunia perniagaan adalah lebih sengit persaingannya terutamanya bagi saya sebagai seorang wanita. Baru-baru ini, saya sahaja menerima tamparan hebat atas kewibawaan saya apabila seorang lelaki yang berego tinggi tetapi mempunyai masalah keyakinan diri berurusan dengan saya selaku wanita lemah dan mengganggap saya senang diperdaya. Nasib menyebelahi saya, kebanyakan perbualan kami dicatat dalam e-mel dan saya mendapat sokongan padu dari World's No 1 Wealth Coach JT Foxx. I love you JT. You are truly phenemenal. Sesiapa yang memerlukan panduan dalam dunia bisnes silalah layari laman sesawang www.meetjtfoxx.com
Saya sengaja menaip dalam bahasa Melayu selaku seorang rakyat Malaysia, marilah kita lihat berapa lama untuk google melakukan carian ini. ASIANS - kami orang Asia bukannya satu bangsa. Orang Asia ada pelbagai bangsa, pelbagai etnik dan beratus-ratus bahasa. IBOH ANGGAP MEK ORANG SELONGGOK OKEH. Oh Lelaki... KERANA SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA.
Good luck in google translating. I write my first blog post in my national language just because I can. #MalaysiaBoleh patriotiklah konon. Tetapi sememangnya tanah tumpah darahku. *Peace*