Friday, 18 November 2016

Nukilan Penaku

Sudah sekian lama sejak blog ini dikemas kini. 
Karangan kali ini berkenaan dengan kasih sayang dan cinta yang memisahkan kita manusia daripada haiwan.

Ramai yang berpendapat bahawa rata-rata manusia mempunyai akal fikiran maka kita sebagai manusia adalah lebih berkuasa dan berada pada kedudukan yang lebih tinggi dalam Strata kedudukan semua Species di dunia ini.

Namun disebabkan oleh ketamakan dan sifat mementingkan diri sendiri, manusia telah menunjukkan sifat yang tidak berperikemanusiaan yang menjadikan sesetengah orang berpendapat binatang pun lebih penyayang berbanding dengan manusia yang sanggup membunuh saudara sendiri termasuk darah daging sendiri demi ego dan haloba.

Amatlah sedih apabila kita membaca dan mendengar berita yang hiba apabila kematian dan kecederaan di dunia yang diakibatkan angkara manusia itu sebenarnya adalah sia-sia dan mampu dihentikan sekiranya manusia menggunakan akal fikirannya dan mendekati sifat kemanusiaan yang sememangnya setiap bayi yang lahir mampu menguasai sifat perikemanusiaan yang sememangnya anugerah semulajadi kepada semua manusia yang berakal.

Ego dan perasaan tamak haloba serta dengki menjadikan manusia berfikiran sempit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan benci yang mengaburi mata manusia daripada apa yang benar dan patut, menjadikan manusia itu lebih teruk daripada binatang. 

Seandainya manusia mampu berhenti sejenak dan berfikir dengan akal yang diberkati, sebenarnya kalau kita kasih dan sayang, dunia ini akan penuh dengan kasih dan sayang, maka kita tidak perlu berebut-rebut dan berperangan sesama sendiri. Sayang sekali berpuluh-puluh generasi terperangkap di dalam belenggu peperangan dan kelaparan yang mana kasih dan sayang tidak mampu berakar umbi. 

Namun dunia kita tidak seharusnya berputus asa. Selagi hayat dikandung badan kita melaksanakan apa yang patut dan mendidik generasi baru kita agar menjadikan dasar berperikemanusiaan itu lumrah hidup agar masa depan dunia kita masih ada harapan yang cerah. Optimis! 

No comments:

Post a Comment